Kia Carnival kini ditawarkan dalam versi empat tempat duduk yang lebih mewah, harga RM322k di Korea

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu minivan Kia Carnival menawarkan ukuran dimensi yang cukup besar bagi memuatkan sehingga 11 orang penumpang pada satu-satu masa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu di Korea Selatan, pembeli boleh mendapatkan versi bumbung tinggi yang dinamakan sebagai Hi Limousine dengan konfigurasi sehingga tujuh tempat duduk pada satu-satu masa.

Tidak cukup dengan itu (mungkin mahu melawan Lexus LM), Kia baru-baru ini memperkenalkan sebuah lagi varian yang lebih mewah di mana ia hanya mampu memuatkan empat orang sahaja pada satu-satu masa!

 


Kia Carnival versi empat tempat duduk ini masih menggunakan asas daripada varian Hi Limousine dengan bumbung yang tinggi, dengan kehadiran dua tempat duduk pada bahagian belakang serta ruang tengah yang jauh lebih luas.

Sebagai sebuah varian yang lebih mewah, Kia melengkapkan minivan ini dengan ciri-ciri moden seperti tempat pemegang cawan dengan ciri pemanas/penyejuk, slot pengecasan peranti nirwayar, ruang penyimpanan botol, ruang storan tambahan, sistem pencahayaan ambien LED, serta tambahan skrin kawalan pada tempat duduk belakang.

 


Dari segi kuasa, Kia Carnival didatangkan dengan enjin 3.5 liter yang menghasilkan 290 kuasa kuda dan 355 Nm, atau enjin 2.2 liter diesel menghasilkan 199 hp dan 441 Nm.

Harga jualan Kia Carnival versi empat tempat duduk ini bermula dari 88.26 juta won (RM322,318) dan sebagai perbandingan, Carnival versi asas dengan sembilan tempat duduk bermula dari 60.66 juta won (RM221,525).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…