Kia Carnival 2023 CKD versi 11-tempat duduk dilancarkan, harga istimewa dari RM198,500

oleh Mohamad Hanif|
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mengumumkan ketibaan model Kia Carnival versi 11 tempat duduk yang dipasang di kilang Kulim, Kedah, merangkap model ketiga yang dipasang di Inokom Assembly.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Carnival 11-seater itu kini sudah boleh ditempah dengan harga jualan bermula dari RM213,888.00.

Tidak seperti model global yang telah mendapat kemaskini rupa paras seakan EV9, Kia Carnival 11-seater CKD ini masih lagi mengekalkan rekaan minivan yang elegan dan moden, selain ethos rekaan yang menjadi identiti kenderaan Kia masa kini.
 

CKD


Ia juga masih lagi kekal dengan enjin diesel turbo 2.2 liter dengan kuasa 199 hp @ 3,800 rpm dan daya kilas 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

Ciri standard yang dibekalkan termasuklah unit pencahayaan LED, pintu gelangsar Smart Power Sliding dan Smart Power Liftgate, kunci pintar, skrin sentuh 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, dan tujuh slot USB.
 

CKD


Ruang kabin dikemaskan dengan upholsteri leatherette berwarna hitam/kelabu.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah tujuh beg udara, ABS, ESC, TCS, kawalan brek berbilang pelanggaran (MCB), cagak ISOFIX, sistem paparan keliling (SVM), bantuan pengelakan pelanggaran lintasan trafik belakang (RCCA) dan amaran pelanggaran titik buta (BCW).

Terdapat empat warna yang ditawarkan termasuklah Astra Blue, Snow White Pearl, Meteor Gray dan Jet Black.
 

CKD


Bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, kesemua tempahan untuk varian Carnival 11 tempat duduk ini akan menikmati harga jualan pengenalan bermula dari RM198,500.00 lengkap dengan aksesori.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar lima tahun, dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu), serta pakej servis percuma lima tahun, juga dengan had perbatuan 100,000 km (yang mana tiba dahulu).

Rakyat Malaysia yang berminat untuk melihat dengan lebih dekat Kia Carnival 11 tempat duduk versi CKD ini boleh berkunjung ke Bermaz Auto Showcase di Centre Court Pavillion Bukit Jalil bermula 1 hingga 5 November 2023.