Kia Carnival 2022 kini rasmi - harga jualan dari RM196,340

oleh Mohamad Hanif|
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mengumumkan harga jualan bagi generasi baharu MPV Kia Carnival 2022 untuk pasaran Malaysia, bermula dari RM196,340.80.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan atas pelantar N3 generasi ketiga yang lebih ringan dan kuat, Kia Carnival 2022 mempamerkan evolusi rekaan yang futuristik dengan mengekalkan identiti bahasa rekaan Kia yang tersendiri.

Ia menampilkan jarak overhang hadapan yang pendek, sementara tiang A pula dialihkan ke belakang bagi mencipta rekaan hud yang lebih panjang.
 

Kia


Sementara jarak antara roda yang lebih panjang menyumbang kepada rekaan kabin yang lebih luas, dan dalam masa yang sama menjadikan penampilan kenderaan lebih atletik dan dinamik.

Untuk pasaran Malaysia, Kia Carnival didatangkan dengan versi 11 tempat duduk sahaja.

Secara standard, Kia Carnival datang dengan ciri seperti lampu LED automatik, lampu nyalaan siang LED, kombinasi lampu mentol di belakang, penyeka kaca automatik, serta rim aloi bersaiz 18 inci.
 

Kia Carnival


Sementara ruang kabin pula mendapat ciri seperti sistem infotainmen 12.3 ici dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, paparan keliling, brek parkir elektronik, skrin kluster instrumen TFT 4.2 inci, paddle shifter, diikuti dengan ciri pendingin hawa dua zon di depan dan zon tunggal di belakang.

Ciri keselamatan pula merangkumi enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Brek Pelanggaran (MCB), Auto Hold, cagak ISOFIX, amaran penumpang belakang, serta tambahan ciri termaju amaran pelanggaran titik buta dan bantuan pengelakan pelanggaran lintasan trafik belakang.
 

Kia


Kia Carnival 2022 dikuasakan oleh enjin diesel 2.2 liter CRDi Smartstream yang mampu menghasilkan 199 kuasa kuda @ 3,800 rpm, dan daya kilas 440 Nm @ 1,750 rpm-2,750 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik E-Shift lapan nisbah kelajuan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    Dinamikjaya Motors ialah anak syarikat Bermaz Auto yang telah mengambil alih pengedaran…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Kia Malaysia juga bakal memperlihatkan buat kali pertama model MPV 11 tempat…