Kia Carnival 2021 tampil rekaan papan pemuka lebih moden

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah Kia Carnival yang sangat segak bergaya (ada sesetengah orang mengumpamakannya sebagai Range Rover versi MPV), rupa luarannya harus diselarikan dengan penampilan dalaman yang cukup mewah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi Kia Carnival di Korea Selatan, pengeluar tersebut telah pun menerbitkan sebuah imej tunggal yang memaparkan rupa sebenar ruang kabin MPV generasi baharu itu.

Reka bentuk (layout) kluster meter yang bersambung dengan unit infotainmen masih dikekalkan, namun Kia Carnival generasi baharu kini menempatkan dua unit skrin yang diletakkan bersebelahan, dan kedua-duanya memiliki dimensi yang serupa - 12.3 inci.

Disebabkan pertambahan dimensi skrin, corong pendingin hawa tengah telah dialihkan posisinya ke bawah, manakala butang fungsi yang mengawal suhu kabin turut didatangkan dengan ciri sensitif sentuhan.

Ketiadaan tombol gear pada Kia Carnival baharu ini telah digantikan dengan peranan rotary knob yang menggunakan teknologi shift-by-wire.
 


Tidak banyak informasi yang didedahkan, namun kita telah pun mengetahui bahawa Kia Carnival bakal hadir dalam konfigurasi tiga hingga empat baris tempat duduk dengan penawaran tujuh, sembilan atau sebelas tempat duduk.

Dimensi Kia Carnival juga turut bertambah berbanding generasi terdahulu, di mana generasi baharu MPV ini lebih lebar 10 mm, dan pertambahan jarak antara roda sebanyak 30 mm, memberikan petanda ruang kabin yang bertambah luas.

Butiran lanjut hanya akan didedahkan menjelang pelancaran rasmi Kia Carnival menjelang minggu hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…