Kia Carnival 2021 generasi baharu - pelancaran di Korea suku ketiga tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Sekeping imej yang didedahkan oleh Kia memberikan gambaran bahawa pengeluar automotif Korea itu nampaknya sudah bersedia untuk memperkenalkan generasi baharu Kia Carnival 2021 tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Daripada sekeping imej tersebut, ia mendedahkan serba sedikit maklumat tentang MPV yang bakal memasuki generasi keempat itu.

Tidak seperti Kia Grand Carnival yang dijual pada masa kini, Kia Carnival serba baharu tidak akan lagi membawakan elemen MPV, sebaliknya ia menampilkan rekaan seakan sebuah SUV.

Komponen gril hadapan hidung harimau juga kini lebih besar dan diapit dengan rekaan lampu utama yang lebih tajam dan tirus.

Rekaan yang digelar sebagai 'symphonic architecture' jelas diperlihatkan menerusi rekaan bonet yang berukir, serta bumper hadapan yang agresif menampakkan lagi penampilan Carnival yang lebih stailo.

 

model ujian Kia Carnival generasi baharu

Sementara itu, di bahagian sisi, Kia Carnival 2021 membawakan rekaan bumbung terapung dan rumah hijau yang 'pillarless' - rekaan yang tidak menampakkan kehadiran tiang B, namun ia mungkin sekadar trick pereka untuk menjadikan penampilan Carnival lebih elegan.

Difahamkan, dimensi Kia Carnival 2021 akan bertambah besar berbanding generasi terdahulu, dimana ia diberitakan bakal memiliki dimensi 5,155 mm panjang, 1,995 mm lebar, 1,740 mm tinggi dan jarak antara roda sepanjang 3,090 mm.

Nadi kuasa Kia Carnival 2021 juga bakal membawakan opsyen yang terdapat pada Kia Sorento, termasuklah enjin turbo 2.5 liter petrol (281 PS), enjin 1.6 liter turbo (230 PS) atau enjin diesel turbo 2.2 liter yang menghasilkan 202 PS.

Kia Carnival 2021 dijadualkan penjualannya di Korea pada suku ketiga 2020 dan diikuti oleh pasaran global sejurus selepas itu.

 


Dalam masa yang sama, terdapat ura-ura di mana Kia juga sedang merancang untuk menghasilkan Kia Carnival versi mewah yang menawarkan sehingga empat tempat duduk pada satu-satu masa bagi melawan model Lexus LM.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk kemaskini terbaharu, Kia Carnival 2024 CKD kini boleh didapati dalam tiga varian utama, iaitu…
Berita Global
  Carnival generasi keempat sebenarnya mula dikeluarkan sejak 2020 dan tanpa perlu menunggu lebih…
Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…