Kia Carnival 2021 bakal mendarat di Australia - harga dari RM145,498

oleh Mohamad Hanif|
Nun jauh di negara Down Under (Australia lah!), Kia Australia bakal membawa masuk model MPV terbaharu Carnival setelah lima bulan pelancaran rasmi di Korea tahun lalu.

Apa yang pasti, penawaran generasi baharu Kia Carnival ini diiringi dengan kenaikan harga sebanyak $3,690 (RM11,452) di mana harga jualan MPV itu bermula dari $46,880 (RM145,498) atas jalan.

 


Untuk pasaran tersebut, Kia membawakan pilihan enjin terdiri daripada enjin petrol V6 3.5 liter yang menghasilkan 290 kuasa kuda dan 355 Nm, sementara enjin diesel 2.2 liter turbo itu masih lagi dikekalkan dengan angka output 198 kuasa kuda dan 440 Nm.

Kedua-dua pilihan enjin dipadankan dengan transmisi automatik lapan nibsah kelajuan.

 


Spesifikasi lanjut hanya akan didedahkan dalam masa terdekat, namun jika dirujuk kepada spesifikasi pelancaran di Korea tempoh hari, Carnival mampu menawarkan konfigurasi tujuh, lapan sehingga 11 orang pada satu-satu masa.

Dalam konfigurasi tujuh tempat duduk, Kia Carnival mampu menawarkan ruang kargo sehingga 2,905 liter apabila tempat duduk baris hadapan sahaja dikekalkan, selain ciri Premium Relaxation Seats untuk penumpang baris kedua.

 


Antara ciri lain termasuklah skrin paparan infotainmen dan kluster digital bersaiz 12.3 inci, integrasi peranti pintar Apple CarPlay dan Android Auto, dan ciri komunikasi dalaman Rear 'Passenger View & Talk' yang menghubungkan antara pemandu dan penumpang belakang.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Secara tidak langsung, ia mampu mengenepikan model-model minivan kotak yang kerap bermaharajalela…
Berita Global
Menurut kenyataan daripada agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), ia…
Berita Global
Sekali imbas, rekaan Zeekr 009 ini mengingatkan kita kepada model Kia Carnival baharu, namun dengan…