Kia Carens - waktu menunggu di India hingga 1 tahun setengah!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia baharu sahaja melancarkan model MPV Carens mereka di India dan sambutan yang menggalakkan menyebabkan waktu menunggu yang sangat lama untuk sesetengah varian.

Menurut laman web HT Auto, varian dengan waktu menunggu paling lama ialah bagi varian Carens Prestige 1.5L petrol dengan transmisi manual - pembeli perlu menunggu sehingga 75 bulan atau hampir setahun setengah untuk menerima tempahan mereka.

Pembeli varian Luxury dan Luxury Plus 7 dengan enjin 1.4L turbo dan transmisi manual pula hanya perlu menunggu selama 18 ke 19 minggu (lebih kurang 4 bulan) sahaja.

 



 

 

Kia melancarkan Carens 7-tempat duduk yang dipasang di India pada Februari lalu di negara itu dengan harga serendah ₹8.99 lakh atau lebih kurang RM50,000.

Ia disasarkan pada konsumer yang berminat dengan MPV model Suzuki Ertiga, Suzuki XL6, Hyundai Alcazar dan Tata Safari.

Model CKD itu bagaimanapun mendapat penganugerahan 3-bintang sahaja untuk ujian perlanggaran Global NCAP kerana kurang alatan keselamatan dan bahagian kaki pemandu yang kurang perlindungan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kes kecurian kereta keluaran Hyundai dan Kia dari 2021 hingga 2022, masing-masing meningkat…
Berita Global
Kelibat model ujian tersebut dikesan di Korea Selatan, berkemungkinan besar berdekatan dengan pusat…
Berita Domestik
Generasi baharu itu telah membuat kemunculan di peringkat global pada tahun 2020, dan untuk pasaran…