Kia Carens generasi keempat bakal muncul 16 Disember ini

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingat pada model ini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu teaser rasmi, Kia Carens/Kia Rondo (atau nama di Malaysia Naza Citra) bakal mendapat model generasi baharu pada 16 Disember ini.

Berkongsi platform dengan Kia Seltos, generasi keempat Carens ini bakal menampilkan rekaan seakan-akan SUV, selain mewarisi bahasa rekaan terkini Kia.
 

Carens


Berdasarkan gambar teaser, Kia Carens 2022 dilihat mendapat unit lampu LED yang nipis, diikuti dengan rekaan lampu belakang yang disambungkan dengan jalur LED melintang penuh - sama seperti model Sportage.

Malah dari segi dimensi, berkemungkinan Carens akan menjadi lebih panjang dan tinggi berbanding model Seltos, untuk tahap praktikaliti yang lebih baik, serta mampu memuatkan konfigurasi tiga baris tempat duduk sama seperti model terdahulu.
 

Carens


Kia Carens bakal mendarat di India terlebih dahulu, diikuti dengan pasaran lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laman web HT Auto, varian dengan waktu menunggu paling lama ialah bagi varian Carens…
Berita Global
Dengan kehadiran Kia Carens 2022 ini, ia dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada segmen yang…
Berita Global
Daripada bentuk sebuah MPV, Kia Carens generasi baharu kini menampilkan bentuk badan crossover atau…