Kia Carens 2022 - kini dalam bentuk SUV famili

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak dilancarkan pada tahun 1999, Kia Carens wujud sebagai salah sebuah MPV yang mampu milik dan untuk pasaran Malaysia ia pernah ditukarkan lencananya kepada Naza Citra.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Daripada bentuk sebuah MPV, Kia Carens generasi baharu kini menampilkan bentuk badan crossover atau kenderaan rekreasi untuk seisi keluarga, dan dibangunkan menggunakan pelantar Seltos.

Rupa luaran Kia Carens membawakan paras rupa yang ranggi, dimulakan dengan unit lampu utama yang dipisahkan daripada lampu nyalaan siang DRL LED pada bahagian atas, diikuti dengan rekaan bampar yang berlapis.
 

Kia


Sebagai sebuah SUV, ia tidak dapat lari daripada penggunaan cladding plastik pada arka roda, sementara garis bumbung pula dilihat hampir rata untuk memaksimumkan ruang kepala di dala kabin.

Dimensinya berukuran 4,540 mm panjang, 1,800 mm lebar, `1,700 mm tinggi dan jarak antara roda sepanjang 2,780 mm, menjadikannya lebih besar berbanding generasi terdahulu.

Ruang kabin Kia Carens kini lebih moden, dimulakan dengan skrin kluster instrumen digital penuh, skrin infotainmen 10.25 inci di bahagian tengah, gugusan butang kawalan iklim, serta konsol tengah yang menempatkan beberapa unit butang kawalan tambahan.
 

Kia


Selain daripada itu, antara kelengkapan lain termasuklah sistem pencahayaan ambien 64 warna, penapis udara, tempat duduk depan berventilasi, sistem sokongan kemaskini over-the-air, serta sistem audio Bose dengan lapan pembesar suara.

Aspek keselamatan merangkumi ciri seperti kawalan mula mendaki, sistem bantuan brek, serta kawalan brek menurun cerun secara standard.

Di pasaran India, ia ditawarkan dengan enjin 1.5 liter NA yang mampu menghasilkan 115 hp dan 144 Nm, atau enjin 1.4 liter turbo dengan kuasa setinggi 140 hp dan 242 Nm, atau enjin diesel 1.5 liter (115 hp/250 Nm).
 

Kia


Generasi baharu Kia Carens ini bakal dijual bermula suku pertama 2022 diikuti pasaran-pasaran lain.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laman web HT Auto, varian dengan waktu menunggu paling lama ialah bagi varian Carens…
Berita Global
Dengan kehadiran Kia Carens 2022 ini, ia dilihat mampu memberikan saingan sengit kepada segmen yang…
Berita Global
Menurut ketua unit rekaan Kia Karim Habib, "Kia Carens 2022 merupakan cerminan sebenar terhadap apa…