Kia Bongo III 2025 dilancar di Korea, 2.5 turbo LPG, kotak gear automatik untuk belajar memandu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Bongo III 2025
Kia Bongo III 2025
Ketika program subsidi bersasar dilaksanakan di dalam negara, penyedia perkhidmatan di Korea tidak lagi boleh mendaftarkan kenderaan diesel baharu.

Peraturan itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2024 dan strategi pemerintah di sana dalam penjagaan alam sekitar.

Sebagai pilihan, pengeluar boleh mengeluarkan kenderaan petrol atau elektrik (EV).

Peraturan itu dipatuhi Kia dan menawarkan Bongo 2.5 liter turbo petrol yang menggunakan gas petroleum cecair (LPG) selain Bongo EV yang diperkenal pada 2020.

Careta melaporkan mengenai Bongo LPG pada November 2023 dan nampaknya sekali lagi menulis mengenainya selepas Kia melancarkan Bongo III 2025.

Bongo III 2025 mula dijual pada 16 Julai dengan beberapa perkakasan dijadikan ciri asas dan menariknya turut melibatkan lori versi sekolah memandu.

Perubahan yang dibuat susulan maklum balas pelanggan. Di antara kelengkapan baharu seperti cermin sisi lipatan elektrik dan kawalan pandu pada varian rendah.

Twiter, pembuka pintu krom dijadikan ciri asas pada model atasan dan turut menerima brek parkir baharu. Kesemua Bongo III 2025 disediakan pemadam kebakaran. 
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

  

Kia Bongo III 2025

 

Selain itu, Kia turut menambah model kotak gear automatik untuk dijadikan kenderaan latihan lesen memandu.

Bongo III dibekalkan enjin 2.5 liter turbo LPG dengan pacuan dua roda (2WD) atau empat roda (4WD) dan kotak gear manual atau automatik (kecuali 4WD).

Jenis muatan pula terbahagi kepada dua iaitu satu tan dan 1.2 tan.

Model manual memiliki kuasa 138 ps pada 3,800 rpm dan 255Nm dari 1,250 sehingga 3,800 rpm.

Bongo automatik lebih berkuasa dengan 159 ps pada 3,800 rpm dan 294Nm dari 1,250 sehingga 3,800 rpm.

Harga jualan Bongo III King Cab manual 2WD satu tan jarak roda panjang bermula dari 20.35 juta won (RM68,748) sehingga 23 juta won (RM77,700).

Model 1.2 tan pula dari 24.55 juta won (RM82,936) sehingga 25.6 juta won (RM86,492).

Pelanggan yang mahukan kotak gear automatik perlu menambah 1.13 juta won (RM3,817) untuk model satu tan dan 1.07 juta won (RM3,615) bagi model 1.2 tan.

Berkenaan nama, Kia Bongo memang mempunyai kaitan dengan Mazda Bongo kerana kedua-dua syarikat pernah bekerjasama satu ketika dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin