Kia bakal tampil dengan SUV kecil, saiz Perodua Kembara?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Demam SUV tidak boleh disangkal lagi. Hampir kesemua pengeluar kenderaan daripada jenama kebanyakan sehingga jenama eksotik seperti Lamborghini pun sudah mempunyai SUV sekarang ini.

Ada apa dengan SUV? Pastinya praktikaliti dan saiz badan yang tinggi menyumbang kepada populariti kenderaan jenis ini.

Tambahan pula reka bentuk SUV sekarang ini banyak yang menarik dan tidak lagi sekadar imej utilitarian semata-mata.

Jika sebelum ini SUV popular berada di dalam segmen C dan D, trend nampaknya sudah berubah kepada segmen A dan B pula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia SP Signature

 

Ini bermakna pengeluar cuba untuk menarik perhatian pembeli seawal mungkin dan tidak perlu menunggu sehingga mereka membeli SUV segmen C.

Sebagai rujukan, contoh SUV segmen C ialah Honda CR-V, Nissan X-Trail, Proton X70, Mitsubishi Outlander, Renault Koleos dan Volkswagen Tiguan.

Di dalam mengejar pembeli, Kia tidak ketinggalan menghasilkan portfolio SUV. Kia sememangnya sudah lama berada di dalam segmen ini melalui Sportage dan Sorento.

Di peringkat global tawaran SUV Kia lebih lengkap seperti Telluride, Niro dan Stonic dan bila dihimpunkan semua, portfolio SUV Kia sudah hampir sempurna kecuali satu segmen iaitu A atau AB.

 

Kia SP Signature

 

Tawaran tersebut bakal sempurna apabila Kia mendedahkan imej awalan untuk SUV baharu bersaiz kecil. SUV ini berada di bawah Stonic yang menghuni segmen B.

SUV baharu tersebut bukan sebuah produk acah-acah kerana Kia bakal melancarkannya pada enam bulan kedua tahun ini di Korea sebelum disusuli di negara lain. 

Model baharu tersebut dibayangkan terlebih awal kepada umum melalui Kia SP Signature Concept yang dipertontonkan di India pada tahun lalu dan Seoul pada April lepas.

SUV bersaiz kompak ini disasarkan kepada generasi muda dan tampil dengan reka bentuk sofistikated dan bergaris yang menghasilkan karakter kuat.

 

Kia SP Signature
Kia SP Signature yang dipertontonkan di Pameran Kenderaan Seoul pada April lalu.

 

Tidak banyak yang didedahkan Kia mengenai produk terbarunya seperti lampu LED yang bersambung terus ke gril dan lampu belakang juga daripada LED.

Bahagian depan turut tampil dengan trend terkini iaitu lampu utama tirus dan sebuah lagi besar yang menemaninya di bawah.

Satu lagi perkara menarik yang didedahkan Kia ialah SUV baharu ini dibina untuk pasaran global dan berdasarkan kenyataan itu boleh dikatakan ia bakal dibawa masuk ke pasaran tempatan. 

Kia sebenarnya mempunyai sebuah lagi SUV yang belum ditawarkan di pasaran tempatan iaitu Stonic, SUV ini bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Toyota C-HR.

Jadi, yang mana dahulu? Model ini atau Stonic?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…