Kia ambil Karim Habib untuk ketuai rekabentuk kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia Motors Corp mengumumkan Karim Habib akan menyertai syarikat Korea itu dengan jawatan Timbalan Kanan Presiden (Senior Vice President) dan mengetuai pusat rekabentuk untuk semua kenderaan Kia.

Karim akan memulakan tugasnya di Kia bermula Oktober ini di ibupejabat syarikat itu di Namyang, Korea.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau akan berada di bawah pengurusan rakannya, Luc Donckerwolke, Ketua Pegawai Rekabentuk untuk Hyundai Motor Group yang memantau semua rekaan Kia.

Sebelum ini, Karim, warga Kanada yang dilahirkan di Lebanon bertugas di Infiniti sebagai Pengarah Eksekutif Rekabentuk.

Kia mempunyai sejarah dalam mengambil lagenda-lagenda rekabentuk kenderaan, bermula dengan Peter Schreyer yang diambil sebagai pengarah Kia pertama yang bukan berbangsa Korea.

Sejak dari itu, rekabentuk produk-produk Kia semakin menarik dan membantu populariti syarikat tersebut.

Di bawah ialah sejarah karier Karim.

  • 2017-19: Executive design director for Infiniti, Nissan Motor Co.
  • 2012-17: Head of design for BMW Automobiles, BMW Group
  • 2011-12: Head of exterior design for BMW Automobiles, BMW Group
  • 2009-11: Senior manager of advanced design for Germany, Daimler
  • 2007-09: Chief designer for advanced design, BMW Group
  • 2004-07: Senior designer for exterior production design, BMW Group
  • 2002-03: Exterior/interior designer for advanced design, BMW Group
  • 1998-01: Exterior/interior production designer, BMW Group