Khinzir hidup diguna dalam ujian perlanggaran di China

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Hak Binatang atau PETA baru-baru ini mendesak pihak berkuasa China untuk menghentikan ujian perlanggaran menggunakan khinzir hidup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan PlantBasedNews.org, PETA telah mendedahkan sejumlah hairan yang dipaksa untuk duduk di kerusi kanak-kanak untuk kenderaan sebelum ia dilanggar ke dinding untuk tujuan kajian.

Khinzir-khinzir itu akan mengalami pendarahan, lebam atau tubuhnya remuk. Jika khinzir itu tidak mati dalam ujian itu, ia akan dibunuh dan tubuhnya dibedah-siasat.

 

 

Ujian-ujian ini pernah dilakukan di US tetapi diberhentikan semenjak 1993 selepas kempen PETA untuk mengharamkan penggunaan haiwan hidup di dalam ujian yang sama.

Menurut jurucakap PETA, Zachary Toliver, khinzir tidak mampu untuk duduk tegak di dalam kerusi kanak-kanak tersebut dan bentuk badan mereka juga berbeza dari manusia.

"Data yang mereka terima dari khinzir-khinzir ini tidak tepat dan tidak boleh digunakan untuk mengkaji kecederaan kanak-kanak di dalam kenderaan," ujarnya.

Sekarang ini, ujian-ujian yang sama menggunakan patung-patung khas yang penuh dengan "sensor" atau menggunakan "cadaver" (mayat) manusia.

China nampaknya sering menggunakan kaedah termurah untuk mendapat keuntungan maksimum dan tanpa pengawasan, mereka akan terus dengan cara "oportunis" mereka di dalam perniagaan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kenderaan mangsa yang hilang kawalan kemudian merempuh tiga lagi kenderaan termasuk sebuah…
Berita Domestik
Video kemalangan membabitkan pacuan empat roda itu yang dirakam kamera dashboard turut tular di…
Informasi
  Reliant Robin dikeluarkan dari 1973 sehingga 1982, kemudian dikeluarkan semula dari 1989…