Khidmat feri untuk motosikal, basikal dihentikan sementara

oleh Hamimah Hamid|
Perkhidmatan feri untuk motosikal dan basikal akan dihentikan sementara bermula 1 Januari depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, ia bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf dermaga di terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), George Town.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Teik Cheng, proses menaik taraf selama tujuh bulan itu merangkumi penggantian pelantar laluan dan pemasangan ponton terapung untuk disesuaikan dengan spesifikasi feri baharu

"Sepanjang tempoh itu, perkhidmatan feri kenderaan beroda dua dihentikan namun perkhidmatan feri berulang alik dari PSAH dan Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) untuk penumpang pejalan kaki masih diteruskan dan sebanyak 200 slot parkir berbumbung bagi motosikal serta basikal secara percuma disediakan di PSAH dan SPCTMotosikal dan basikal

 

"Kerja-kerja naik taraf membabitkan kos kira-kira RM19 juta itu turut melibatkan proses memasak cerucuk di dasar kaut bagi mengukuhkan lagi ponton terapung dan proses tersebut akan mengambil sedikit masa memandangkan ia berisiko tinggi.," katanya selepas lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Zairil Khir Johari ke PSAH, Butterworth hari ini.

Teik Cheng berkata, apabila kerja-kerja menaik taraf kedua-dua terminal siap kelak penduduk di Pulau Pinang akan dapat menikmati perkhidmatan feri yang moden, selesa, cepat serta efisen.

Tambah beliau, bagi terminal feri PSAH, ruangan menunggu pengguna motosikal sedia ada telah diubah menjadi kawasan meletak motosikal dan basikal manakala pengguna dari arah George Town.

Selain itu katanya, ruangan meletak kenderaan SPCT disediakan di kawasan gudang, laluan masuk Jalan Tun Syeh Barakbah

Jelas beliau, kawasan meletak motosikal dan basikal itu dibuka sepanjang operasi perkhidmatan feri iaitu bermula dari pukul 6 pagi hingga 9 malam.