Khidmat e-dompet Touch 'n Go alami gangguan

oleh Penyumbang Rencana|
Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TNG) berdepan gangguan disebabkan oleh isu teknikal pada hari Rabu jam 12 tengahari.


"Kami sedang menghadapi masalah teknikal pada masa ini dan sedang menyelesaikan masalah tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Jika baki e-dompet anda mencukupi, anda masih boleh menggunakan PayDirect dan RFID untuk membayar tol dan parkir kereta.

"Kami memohon maaf atas gangguan perkhidmatan dan kesulitan anda. Terima kasih atas kesabaran anda," demikian menurut satu pemberitahuan di Facebook Touch 'n Go eWallet.

Bagaimana pun melalui makluman pada jam 5 petang tadi permasalahan tersebut telah diatasi dan berfungsi seperti sedia kala.

 

Facebook Touch 'n Go