Khazanah tolak tawaran RM3 billion - sumber dalaman

oleh Mohamad Hanif|
KHAZANAH Nasional Bhd tidak mungkin akan menerima tawaran syarikat ekuiti swasta berpangkalan di Hong Kong untuk membeli pegangan dalam PLUS Malaysia Bhd, kata sumber kerajaan hari ini.


Sumber tersebut mengesahkan terdapat tawaran daripada RRJ Capital untuk memperoleh pegangan Khazanah dalam konsesi lebuh raya, namun berkata harga itu terlalu rendah.

“Tawaran RM3 bilion itu terlalu rendah dan Khazanah tidak akan bersetuju dengannya,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

The Edge hari ini melaporkan, sekiranya tawaran oleh RRj, syarikat berkenaan akan mengurangkan kadar tol sehingga 20%.

Laporan itu turut menyebut, cadangan RRJ itu dihantar kepada Khazanah dan Menteri Kerja Raya Baru Bian minggu lalu.

Cubaan The Malaysian Insight untuk mendapatkan maklum balas daripada Baru Bian bagaimanapun tidak berjaya.

Sementara itu, setiausaha politik menteri kewangan Tony Pua mengesahkan tawaran berkenaan dan berkata mereka sedang mendapatkan butiran daripada Khazanah dan Kementerian Kerja Raya.

Dalam pada itu, Khazanah dalam jawapannya menerusi emel kepada The Malaysian Insight berkata, terdapat beberapa cadangan berhubung lebuh raya dan Khazanah juga menghantar cadangannya sendiri kepada kerajaan.

“Cadangan itu adalah untuk dipertimbangkan oleh kerajaan dan menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara,” menurut jawapan itu.

Khazanah bagaimanapun tidak mendedahkan pihak mana yang mahu memiliki PLUS.

Khazanah, menerusi UEM, memiliki 51% pegangan dalam PLUS, manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula memiliki 49% yang lain.

RRJ mensasarkan untuk memperoleh kesemua pegangan UEM dan KWSP termasuk hak untuk mengeluarkan pinjaman tak bercagar melalui Lebuhraya Usahasama Bhd (Plus) yang merupakan anak syarikat milik penuh Plus.

PLUS memiliki hutang sebanyak RM3 bilion. Tawaran RRJ itu juga dilaporkan akan memberi pulangan signifikan kepada UEM dan KWSP.

RRJ dimulakan pada tahun 2011 oleh dua warga Malaysia Richard dan Charles Ong dengan modal AS$ 5 bilion (RM62 bilion).

Sumber: The Malaysian Insight

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, Maju Holdings Sdn Bhd turut mencadangkan untuk menyerap RM2.7 bilion bagi pampasan tol…
Berita Domestik
Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif RRJ Capital, Richard Ong berkata, cadangan tawaran…
Informasi
  Penutupan sementara tersebut bermula dari hari ini (4 Oktober) sehingga 22 Oktober 2019.  …