Khazanah tolak semua tawaran beli PLUS

oleh HEZERI SAMSURI|
Khazanah Nasional Berhad, pemegang saham terbesar Plus Malaysia Berhad tidak berminat untuk menjual aset strategik negara ke mana-mana pihak.

Ketika wawancara wartawan TV3, Faiz Aizat bersama Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Shahril menerangkan kesemua tawaran yang ada untuk membeli PLUS memberikan harga belian yang jauh lebih rendah dari harga pasaran sebenar.

"Bayangkan ada orang mahu membeli rumah anda dengan kos yang lebih rendah dari harga anda bayar supaya mereka boleh sewakan pada pengguna lain dengan harga yang lebih rendah - pasti anda tidak bersetuju bukan?" terang Shahril.

Khazanah juga menimbangkan kepentingan syarikat itu sebagai satu cabang pelaburan untuk kerajaan dan ia perlu memastikan aset-aset negara tidak dijuak kepada pihak atau individu yang mungkin mahu meraih keuntungan tanpa pertimbangan kepada rakyat.

"Kalau Plus untung pun, keuntungan Plus akan kembali kepada pihak kerajaan melalui Khazanah, atau kembali kepada rakyat melalui KWSP (yang memegang saham Plus sebanyak 49 peratus).

Jika kita benarkan pihak luar untuk mengambil alih Plus, dan pihak itu mendapat keuntungan yang tinggi, rakyat pasti tidak akan berpuas hati," ujar Shahril.

 

 

"Jika kita mahu mengubah struktur kadar tol, kita buat atas dasar Plus yang dimiliki oleh kerajaan dan rakyat Malaysia kerana keuntungan akan kembali kepada kita sendiri," sambungnya.

Selepas pengambilalihan Plus dengan nilai transaksi sebanyak RM32 bilion dilakukan dalam tahun 2011, Khazanah memiliki 51 peratus saham Plus dan KWSP memegang baki 49 peratus.

Perjanjian konsesi ialah kadar tol meningkat sebanyak 5 peratus untuk setiap tiga tahun.

"Tetapi sejak pengambilalihan, tidak ada kenaikan kadar tol Plus yang dilakukan. Perjanjian konsesi juga boleh dikaji semula," kata Shahril lagi.

Pihak editorial Careta sangat bersetuju dengan kenyataan dan penerangan Khazanah berkaitan isu ini.

Konsesi tol yang dipersetujui oleh pihak kerajaan juga sepatutnya dibincangkan semula kerana seperti yang diterangkan, Plus adalah milik kerajaan dan juga rakyat Malaysia.

Tidak ada sebab untuk Plus dijual dan jika ada pun, sebagai rakyat, ia perlu diterangkan dengan benar dan pendapat semua perlu diambil.

Di bawah ialah sedutan temuramah TV3 bersama Khazanah Nasional Berhad.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu…
Informasi
  Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat…