Khazanah sambut baik langkah kerajaan turunkan kadar tol PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Khazanah Nasional Berhad dalam satu kenyataan media menyambut baik langkah terbaharu kerajaan mengurangkan kadar tol sehingga 18 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadar pengurangan tol 18 peratus tersebut akan tertakluk kepada lebuhraya yang dioperasikan oleh PLUS seperti:

  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)

Kadar penurunan bayaran tol tersebut akan kekal untuk tempoh konsesi lebuhraya yang dipanjangkan selama 20 tahun, bermula dari 2038 sehingga 2058. 

Khazanah juga akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan dan PLUS dalam memastikan implementasi penstrukturan semula kadar tol berjalan lancar, selain mengekalkan kepentingan dan hak pemegang kepentingan termasuk pemegang hutang PLUS.

Terdahulu, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus ke atas kenderaan persendirian di semua lebuhraya kendalian PLUS bermula 1 Februari ini. 

Sumber gambar: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu…
Informasi
  Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat…