Khazanah jual saham kawalan konsesi tol terbesar Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Khazanah Nasional Bhd telah menjual sahamnya di dalam konsesi tol terbesar di Indonesia.

Khazanah memegang 55 peratus saham di dalam syarikat PT Lintas Marga Sedaya (LMS), melalui PLUS Expressways International Bhd yang dimiliki oleh Kumpulan UEM (anak syarikat milikan penuh Khazanah).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saham tersebut dibeli oleh Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB) dan juga rakan kongsinya, PT Bashkara Utama Sedaya (BUS).

CPPIB menyatakan ia akan mengambil 45 peratus saham di dalam LMS sementara BUS kini memegang 55 peratus saham konsesi tol tersebut.

Sebelum ini Bloomberg telah melaporkan Khazanah menerima tawaran bernilai US$500 juta atau RM2.1 bilion) untuk saham pegangannya di dalam LMS.

Konsesi tol oleh LMS itu meliputi sebuah lebuhraya  sepanjang 117 km antara Cikopo ke Palimanan di Jawa Barat. Ia juga dikenali sebagai laluan tol Cipali.

Kumpulan UEM menerima projek pembinaan lebuhraya tersebut di dalam tahun 2006. Pembinaan hanya bermula pada tahun 2013 kerana terpaksa menunggu pembelian tanah dan kebenaran dari pihak berkuasa.

Projek laluan bertol Cipali hanya siap dalam tahun 2013 dan ia adalah projek konsesi lebuhraya pertama oleh UEM di Indonesia.

Berita Berkenaan

Informasi
  Kenyataan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi United Kingdom (UK) pada Isnin memberi lampu…
Informasi
  Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…
Berita Domestik
Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat…