Khann tawar kit badan gentian karbon untuk Land Cruiser 300

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Land Cruiser generasi baharu (300 Series) nampaknya sangat popular sehinggakan ada pelanggan yang terpaksa menunggu sehingga empat tahun lamanya untuk menantikan unit masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan itu juga, Toyota turut memohon maaf menerusi laman web rasmi di atas kelewatan yang terpaksa ditanggung oleh pembeli.

Namun, itu semua tidak pernah menghalang pihak ketiga daripada terus membangunkan pakej aksesori khas untuk model SUV off-road tersebut, dan terbaharu datangnya daripada Khann International.
 

LC300


Jika anda merasakan penampilan standard LC300 tidak cukup tampan, Khann International menawarkan kit badan lebar di mana ia diperbuat daripada bahan ringan gentian karbon.

Pakej tersebut merangkumi:

  • fender flare - $2,500 (RM10,949)
  • jeriji radiator - $2,060 (RM9,022)
  • pelindung hud enjin - $5,210 (RM22,817)
  • pelindung cermin sisi - $1,440 (RM6,306)
  • spoiler trunk lid - $1,350 (RM5,912)
     
LC300


Untuk menaikkan lagi seri, Khann International menawarkan set rim tempa bersaiz 22 inci KW-LT2 R22/ET berharga $8,600 (RM37,664).

Harga yang disebutkan itu tadi tidak termasuk dengan kos penghantaran.

Sumber: FB Khann International

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai makluman, Land Cruiser 200 Series yang diproduksikan antara tahun 2007 hingga 2021 itu…