Khairil, 44 yang berasal dari Pekan, Pahang, memulakan karier beliau di Miros bermula seawal April 2008 dan tugasan terakhir beliau sebelum ini ialah sebagai Pengarah Pusat Kajian Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik.
Khairil juga adalah antara pelopor Asean-NCAP dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung untuk agensi tersebut.
Seorang yang tidak pernah lekang dari senyuman, Khairil mempunyai sarjana dalam pengurusan perniagaan dari Universiti UCSI dan menjadi Profesor Adjung di Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.
Careta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Zaharah untuk perkhidmatan beliau semasa beliau berada di Miros.