Ketua Polis Seremban: Larangan berniaga di lampu isyarat atau disaman RM2,000

oleh SALINA JALIL|
Gambar Hiasan
Penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat sekitar daerah ini diminta menghentikan kegiatan itu berikutan mereka boleh dikenakan saman sebanyak RM2,000.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata, individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tiada urusan jual beli dibenarkan di persimpangan jalan atau di atas mana-mana jalan raya kerana ia adalah satu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000.

 

"Aktiviti seperti ini perlu dibendung bagi mengelak kejadian kemalangan yang tidak diingini sehingga membahayakan nyawa penjaja dan pengguna jalan raya," katanya semalam.

 

Beliau berkata, pihak polis akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk mengeluarkan saman sekiranya tindakan dalam bentuk nasihat dan teguran tidak diendahkan.

 

"Operasi akan dilakukan secara berkala dan berterusan supaya penjaja mematuhi arahan serta undang-undang diberikan," katanya.

 

Kegiatan penjaja makanan dan minuman di persimpangan lampu isyarat yang dipelopori golongan muda dilihat berleluasa di sekitar daerah ini.

 

Kebanyakan mereka menjual mangga muda berserta asam boi pada harga RM10 bagi setiap pek.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Raymundo Collins kini disiasat atas tuduhan penyalahgunaan dana untuk tujuan peribadi. Awal tahun…