Ketua Polis KL - 12 Vellfire, 5 Honda, 3 BMW, 3 Mercedes, 2 Mazda, dan 1 Ford Ranger klon dirampas, polis tahan 9 lelaki -

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Astro Awani
Satu siasatan hasil laporan kecurian sebuah kenderaan di pusat beli-belah di ibu negara pada Disember lepas, telah membawa kepada penemuan 26 lagi kereta mewah yang lain.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seramai sembilan lelaki dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun, telah ditangkap di seluruh negara, dan satu pertuduhan telah dibuat pagi Rabu..
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Dalam satu sidang media, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.

 

"Satu kes kecurian berlaku pertengahan Disember 2021. Kecurian sebuah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang, dicuri di sebuah kompleks beli-belah yang ternama di Kuala Lumpur. Susulan laporan kehilangan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur telah memulakan satu siasatan, dan sembilan orang telah ditangkap.

 

"Daripada 26 kenderaan yang kita rampas ini, 12 jenis Toyota Vellfire, lima kereta Honda, tiga BMW, tiga Mercedes, dua Mazda, dan satu Ford Ranger. Kita anggarkan nilai rampasan 26 buah kenderaan sekitar RM3 juta,” katanya lagi.

 

Mengulas mengenai modus operandi kumpulan berkenaan, Azmi berkata, mereka mencari maklumat mengenai kereta yang telah dilupus daripada syarikat-syarikat insurans.

 

Selepas maklumat itu diperolehi, jelas beliau lagi, kumpulan berkenaan akan menggunakan identiti kenderaan yang dilupuskan, dan digunakan untuk kenderaan yang telah dicuri.

 

“Berdasarkan siasatan, setiap kenderaan boleh meraih keuntungan antara RM30,000 hingga RM40,000. Dan keuntungan ini selepas ditolak semua kos, termasuk kos mencuri, kos untuk mendapat maklumat kenderaan lupus dan lain-lain,” katanya lagi.

 

Azmi berkata, ada antara suspek berkenaan yang mempunyai rekod jenayah lampau, dan pernah menjalani hukuman penjara, dan kembali aktif dalam mencuri kereta selepas dibebaskan.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Operasi Khas hari ini memfokuskan aktiviti penangkapan sindiket yang membawa masuk kenderaan…
Berita Domestik
  Berdasarkan laporan polis yang dibuat pemilik berdaftar kenderaan di Miri, Sarawak, penguat…
Berita Domestik
  Menurutnya, pada kebiasaannya, penggunaan kenderaan klon terbongkar apabila pemilik kereta…