Fisol berkata sekiranya ada motosikal, kereta dan basikal yang diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi, tayar sotong, brek dibuang, karburator dinaiktaraf untuk merempit, ambil gambar dan tularkan.
Pihak polis akan mengesan mereka sehingga ke rumah katanya lagi.
Kerjasama semua pihak perlu untuk menangani isu keselamatan jalan raya terutama kereta atau motosikal yang diubah suai kerana ia membahayakan nyawa penunggang dan orang awam.
Beliau berkata sebanyak 330 item rampasan termasuk 242 ekzos, 77 lengan ayun, lima karburetor serta enam lain-lain item yang disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dilupuskan pada Selasa berdasarkan arahan pelupusan di bawah Seksyen 407 Kanun Prosedur Jenayah.
Bahan rampasan pada tahun ini berjumlah 1,412 item, namun pada 11 Julai lepas sebanyak 302 item telah dilupuskan.
Bacaan sepenuhnya di TheSun