Ketua Polis Daerah Sepang - Ubah suai keterlaluan ganggu orang ramai!

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook IPD Sepang
Ubah suai motosikal dan kereta secara keterlaluan hingga menimbulkan kacau ganggu kepada orang ramai.


Itu tindakan berpuluh penunggang motosikal dan pemandu kereta yang ditahan polis kerana melakukan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan secara berlebihan hasil operasi khas petang semalam (Jumaat).


Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, 40 penunggang motosikal dan 52 individu ditahan hasil 'Operasi Lawlessness' dijalankan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di kawasan pekan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) Sepang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, semua pemandu kereta dan penunggang motosikal itu melakukan pengubahsuai secara berlebihan termasuk mengeluarkan bunyi bising.

"Sebanyak 28 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik seperti tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, plat nombor tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan kesalahan lain yang menyalahi peraturan jalan raya.

 

"Motosikal yang sita dikenakan tindakan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengelak kesalahan berulang.

 

"Pemilik motosikal dan kereta yang mengubahsuai ekzos dinasihati memasang semula ekzos asal sebelum dikenakan tindakan tegas," katanya.

 

Wan Kamarul berkata, tidak memakai topi keledar antara kesalahan tertinggi yang dikesan ketika polis menjalankan penguatkuasaan.

 

"IPD Sepang sentiasa komited dalam menguatkuasa undang-undang bagi memastikan mereka mempunyai kesedaran terhadap keselamatan diri ketika berada di jalan raya," katanya.

 

 

Harian Metro