Ketua Pengarah JPJ - ‘Lesen terbang’ ada kaitan dengan sindiket 'scammer'

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendakwa kegiatan penjualan lesen terbang ada kaitan dengan sindiket 'scammer' (penipuan) yang dilakukan secara dalam talian.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya kini sedang menyiasat perkara itu untuk mengambil tindakan selanjutnya.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

“JPJ sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu lesen terbang.


“Kami membuat pemantauan untuk mengambil tindakan ke atas mereka, ini semua 'scammer',” katanya ketika sidang akhbar selepas Operasi Bersepadu Sempena Tahun Baharu Cina di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini, pada Isnin.

 

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dan Timbalan Pengarah JPJ Kelantan, Nik Azhan Ab Hadi.

 

Mengulas lanjut, katanya, bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu, pihak JPJ turut melakukan penyamaran bagi mengesan pembabitan sindiket 'scammer' dalam kegiatan lesen terbang.

 

“Kami menyamar dan masuk dalam sindiket berkenaan, kami bayar tetapi duit kami sendiri pun hilang.

 

“Kami membuat semakan dengan Cyber Security Malaysia (CSM) untuk melihat domain bagi mengesan pelokasi sumber seragam (URL) yang digunakan 'scammer' dan itu penyelesaian terakhir kita patut buat jika melibatkan penipuan dalam talian,” katanya.
 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…
Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…