Ketua pegawai reka bentuk Hyundai, Kia & Genesis bersara

oleh Mohamad Hanif|
Pereka yang berasal dari Belgium, Luc Donckerwolke disahkan meletakkan jawatan sebagai ketua pereka Hyundai Motor Group selepas dua tahun memegang jawatan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan daripada Automotive News, ia diklasifikasikan atas sebab peribadi dan tidak menyebut sebab tertentu peletakan jawatan tersebut.

Jawatan tersebut kini tidak dinamakan penggantinya, namun SangYup Lee akan memegang jawatan ketua rekaan Hyundai dan Genesis, manakala bekas pereka Infiniti Karim Habib akan mengetuai unit rekaan Kia.

Donckerwolke menyertai gergasi Korea Selatan itu semenjak tahun 2015 selepas meninggalkan Volkswagen Group, di mana beliau bertanggungjawab ke atas rekaan model Audi A2, Lamborghini Murcielago, Lamboghini Gallardo dan Bentley Flying Spur.

Di dalam Hyundai Motor Group, antara model yang menerima sentuhan beliau termasuklah Hyundai Kona, Palisade, serta barisan model terkni Genesis.

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau akan berada di bawah pengurusan rakannya, Luc Donckerwolke, Ketua Pegawai Rekabentuk untuk…
Berita Global
Ini bermakna, Luc bakal memantau keseluruhan operasi unit rekaan bagi kenderaan jenama Hyundai, Kia…