Ketua Menteri - Beca Melaka guna e-dompet Touch 'n Go

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Bernama
Kerajaan negeri Melaka hari ini memperkenalkan penggunaan e-dompet menerusi aplikasi Touch 'n Go untuk perkhidmatan beca di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.


Beliau berkata inisiatif Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) itu selaras dengan peredaran teknologi semasa, selain mesra pengguna dan sebagai satu langkah mengekang penularan COVID-19.


"Setakat hari ini, hampir 80 peratus pengayuh beca di Melaka telah menerima (kaedah) bayaran melalui aplikasi e-dompet Touch 'n Go dan dianggarkan keseluruhan pengayuh beca berdaftar iaitu sebanyak 305 orang akan menggunakan kaedah ini dalam masa terdekat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Beca Melaka merupakan beca yang pertama di negara ini menggunakan aplikasi e-dompet dan saya ucapkan tahniah kepada pengayuh beca yang telah pun beralih kepada pengunaan aplikasi Touch 'n Go," katanya kepada pemberita.


Beliau berkata demikan selepas Majlis Bacaan Yasin dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Pengayuh Beca Melaka di Bandar Hilir semalam.



Sulaiman berkata kesemua pengayuh beca berdaftar di negeri ini menerima wang tunai RM200 seorang serta barangan makanan sumbangan kerajaan negeri dalam usaha menjaga kebajikan golongan berkenaan.



Beliau berkata sumbangan itu juga diharap sedikit sebanyak dapat meringan beban golongan tersebut dalam membuat persiapan hari raya kerana mereka turut terjejas akibat pandemik.


Sementara itu, pengayuh beca Amran Hashim, 50, berkata penggunaan e-dompet memberi nilai tambah kepada industri berkenaan selain menjadikan pengayuh beca golongan celik teknologi.


Beliau yang telah 10 tahun mengayuh beca berkata kaedah itu memberi kelebihan dan pilihan kepada pengguna kerana kebanyakan pelancong domestik dan tempatan kini lebih gemar menggunakan pembayaran tanpa tunai.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
  "Saya berkomunikasi dengan pelbagai sektor bagi memahami keperluan pelbagai pihak dan saya turut…