Ketepi Panamera Turbo! Mercedes-AMG GT 63 S kini jentera eksekutif terpantas di Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Ogos lalu, Porsche dengan bangganya mengumumkan mereka kini memegang rekod kereta eksekutif terpantas di Litar Nurburgring menerusi model Panamera Turbo dengan catatan masa 7:29.81.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, rekod tersebut hanya bertahan dalam masa tiga bulan sahaja apabila ia berjaya dipadamkan oleh pesaing rapat, Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+.

Rekod yang dicatatkan adalah 7:23.009 dan 7:27.800 minit dan kedua-dua catatan masa yang diperoleh ini adalah berdasarkan dua jarak pusingan  yang berbeza, masing-masing sejauh 20.6 km dan 20.832 km.

 


Apapun, kedua-dua catatan masa ini jauh lebih pantas berbanding apa yang dicatatkan oleh Porsche Panamera Turbo.

Menurut Mercedes, jentera yang digunakan adalah spesifikasi standard sepenuhnya, namun dalam keadaan standard Mercedes-AMG GT 63 S mampu menghamburkan 630 kuasa kuda dan 900 Nm hasil daripada perahan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar.

 


Oleh sebab itu, pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 3.2 saat sahaja sebelum mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j.

Selain daripada enjin yang bertenaga, Mercedes-AMG turut melengkapkan jentera tersebut dengan tayar Michelin Pilot Sport Cup2, dan pakej aerodinamik bagi membantu mencapai prestasi optimum yang diinginkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap Litar Nürburgring berkata, "Kenderaan yang mengambil bahagian dalam pandu uji mengalami…
Berita Global
Buktinya, sebuah 718 Cayman GT4 RS yang dipasangkan dengan Manthey Kit telah berjaya merekodkan…
Berita Global
Sudah pasti kita akan merasa bangga apabila kereta ini mendapat tempat di hati masyarakat…