Kesilapan sistem punca duti eksais naik untuk MPV bawah RM100k (terkini)

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dalam satu tindakan yang mengejutkan ramai, kerajaan telah menaikkan duti eksais untuk semua kenderaan tujuh tempat duduk (MPV) dan van bertingkap milik persendirian berpintu gelungsur  dengan enjin tidak melebihi 1,500 cc. Terdahulu, duti eksais yang dikenakan ialah sebanyak 60 peratus. Menurut perundangan baharu, bermula pada 1 April lalu, duti eksais ini akan meningkat sebanyak lima peratus kepada 65 peratus. Kenderaan MPV dan van yang terlibat termasuklah Honda BR-V, Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza dan Toyota Sienta. Menurut sumber yang diperolehi oleh Careta, kenaikan ini ialah akibat kekalutan sistem kod baharu yang digunakan dalam mengkategorikan kenderaan, di mana kenderaan yang bernaung di bawah kumpulan MPV telah "hilang kategori". Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dengan itu menaikan sendiri duti eksais MPV dari 60 peratus kepada 65 peratus tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Ini bermakna MPV dengan enjin di bawah 1.5L diletakkan di dalam kategori sama dengan van persendirian, yang mempunyai duti eksais sebanyak 65 peratus. Careta diberitahu bahawa ada agensi kerajaan yang sedang melihat kelemahan perubahan itu dan ia bakal diperbetulkan. Sementara itu, sebuah syarikat kenderaan Jepun dikatakan akan menaikan harga model-model MPV mereka sehingga RM3,000 berikutan arahan kenaikan cukai oleh Kastam.