"Kesesakan trafik di udara dan polis trafik kena terbang" kata PM

oleh SALINA JALIL|
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengenai kereta terbang kedua negara menggunakan teknologi yang berbeza daripada kereta terbang pertama akan membuat penerbangan pertamanya tahun depan.


Sebelum ini, Menteri Pembangunan Usahawan tersebut telah membuat kenyataan bahawa prototaip pertama kereta terbang negara akan dilancarkan awal bulan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perdana Menteri berkata negara BELUM BERSEDIA menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem pengangkutan negara.

 

Beliau turut berkata, Malaysia akan memiliki kereta terbang satu hari nanti, tetapi bukan sekarang.

 

Menurutnya lagi, ia akan menimbulkan masalah lain jika semua orang memiliki kereta terbang. “Kita boleh gunakan dron dan ia juga boleh bawa benda berat dan lebih selamat.

 

“Ramai bercakap mengenai kereta terbang. Bayangkan jika semua orang ada kereta terbang, nanti sesak pula di udara dan polis trafik pun kena terbang sekali,” katanya ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 di Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu.
 

 

Video wawancara tersebut di sini:

 

 

 

 

Sumber: BH Online

Video: KiniTV

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Setakat ini, ada satu syarikat yang bersedia membangunkan kereta terbang dan ia syarikat Malaysia…