Kesesakan plaza tol - punca dari 5 peratus pengguna yang "terlupa"

oleh HEZERI SAMSURI|
Kesesakan lalulintas di plaza tol seluruh negara boleh dikatakan berpunca dari lima peratus pengguna yang gemar memilih saat akhir itu untuk menambah nilai pada kad Touch N Go mereka.

Hasil kajian operator lebuhraya PLUS baru-baru ini untuk Wilayah Tengah mendapati lebih dari 850,000 kenderaan melalui plaza-plaza tol di kawasan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari jumlah itu, lima peratus atau 42,500 buah kenderaan tidak mempunyai baki kad Touch N Go yang mencukupi dan cuba menambah nilai di plaza tol.

Menurut PLUS, lorong Touch N Go mampu memproses 10 kenderaan untuk setiap minit. Ini akan tergendala bila sebuah kenderaan tidak mempunyai baki yang cukup.

Perbuatan segelintir pengguna tersebut menyebabkan baki 807,500 kenderaan lain tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.

Careta juga diberitahu, setiap hari lebih kurang 1,000 kenderaan akan meminta bantuan untuk menambah baki Touch N Go mereka di lorong-lorong tol untuk laluan di Jalan Duta dan Sungai Besi.

"Bayangkan sekiranya laluan tambah nilai ditambah. Ia akan hanya meningkatkan lagi jumlah kenderaan yang beratur di plaza tol dan kesesakan akan menjadi lebih parah," ujar satu sumber yang Careta temuramah berkaitan isu penutupan lorong tambah nilai di plaza tol.

"Mereka yang tidak berfikiran panjang memang akan hanya nampak jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Jika mereka lakukan kajian, mereka tahu, ia bukan jalan penyelesaian," tambahnya.

Pendapat tersebut disokong oleh fakta-fakta yang berlaku di negara-negara maju seperti di Eropah atau di Amerika Syarikat.

Penambahan lorong jalanraya tidak mengurangkan kesesakan, tetapi mengundang lebih banyak kenderaan untuk menggunakan laluan itu.

 

salah satu contoh lokasi tambah nilai yang disediakan


Pihak PLUS telah memastikan cukup tempat untuk menambah baki kad Touch N Go, contohnya di setiap hentian R&R dan di pusat khidmat pelanggan di plaza tol utama. 

Pihak Touch N Go mempunyai lebih dari 10,000 kaunter atau kiosk untuk melakukan transaksi menambah baki kad tersebut di seluruh negara.

Careta menasihatkan agar setiap pengguna menambah nilai kad Touch N Go mereka sebelum memulakan perjalanan, terutama ketika musim perayaan yang bakal menjelang hujung minggu nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang lokasi tambah nilai, sila layari www.touchngo.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…