Kesesakan di Tambak Johor - 4 zon kaunter bakal digabungkan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Empat zon penggabungan kaunter akan diwujudkan di Tambak Johor bagi mempercepat kemasukan kenderaan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Katanya, inisiatif baharu untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor itu sedang diperincikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketika ini, beliau berkata, kenderaan yang memasuki negeri ini menerusi Tambak Johor, perlu berhenti di dua kaunter berasingan untuk pengesahan pasport, selain urusan permit kemasukan kenderaan bermotor asing (VEP) dan Touch 'n Go.

 

"Penambahan kaunter di Tambak Johor sedang disiapkan, dengan empat zon akan diwujudkan bagi penggabungan kaunter. Apabila penggabungan kaunter itu beroperasi kelak, masa beratur di Tambak Johor akan dapat dikurangkan.

 

"Ia sekali gus akan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor apabila pengguna tidak lagi perlu berurusan di dua kaunter, sebaliknya hanya di satu kaunter," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, pada Rabu.

 

Terdahulu, Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) yang juga Ketua Pengimbang Johor, berkongsi dengan Ahli Dewan mengenai luahan kekecewaan seorang selebriti Singapura, Wang Lei, dalam Facebook kerana terkandas hampir empat jam di Tambak Johor ketika memasuki negara ini, empat hari lalu.

 

Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Persekutuan sedang giat menangani isu kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), termasuk dengan memperluaskan penggunaan 'autogate'.

 

Beliau berkata, 'autogate' kini bukan saja digunakan warganegara, malah warga Singapura turut boleh menggunakannya bagi mengurangkan kesesakan.

 

"Bagi M-Bike pula, 50 lorong sedia ada untuk laluan keluar masuk Johor akan ditambah sebanyak 25 lagi. Pihak Imigresen sedang memperhalusi penambahan lorong M-Bike itu supaya ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

 

 

Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Informasi
  Antara inisiatif baharu yang dibincangkan ialah penggabungan Dewan Penumpang Bas di Kompleks…
Berita Domestik
  Selain itu, beliau berkata kerajaan juga telah menambah laluan lori tanpa muatan kepada dua…