Tahun lepas, 9.26 juta kereta penumpang didaftarkan, kurang 4.6 peratus daripada angka 2021, lapor agensi AFP.
Angka Disember meningkat sedikit dengan peningkatan 12.8 peratus menjadikan jumlahnya 896,967.
Di Jerman, tempoh subsidi untuk hibrid plug-in yang tamat pada akhir tahun serta penurunan premium bagi pembelian kereta berkuasa bateri, mendorong jualan pada Disember.
Dalam pasaran kereta terbesar EU, pendaftaran kereta meningkat sedikit tahun ini secara keseluruhannya di Jerman dengan kenaikan 1.1 peratus, manakala Itali menunjukkan penurunan 9.7 peratus dan jualan kereta Sepanyol turun 5.4 peratus.
Pengeluar kereta di Eropah merungut terutama mengenai bekalan alat ganti yang tidak mencukupi, termasuk cip elektronik.
Volkswagen terus menjadi peneraju pasaran di EU, dengan angka jualan melebihi 2 juta kereta terjual.