Kes tarik brek MotoGP - Fenati dibuang terus

oleh HEZERI SAMSURI|
Kontrak pelumba Romana Fenati bersama pasukan Marinelli Snipers ditamatkan semalam hasil insiden aksi lagak ngeri yang dilakukan oleh pemuda Italia berusia 22 tahun itu.

Fenati dirakam menarik brek hadapan pelumba Stefano Manzi pada kelajuan 200 kmsj. Beliau kemudian dikenakan hukuman gantung dua perlumbaan.

Namun begitu, netizens dan peminat MotoGp mengecam Fenati kerana lawak merbahaya beliau dan juga penganjur MotoGP kerana memberikan hukuman yang terlalu ringan.

Fenati bukan sahaja ditamatkan kontrak dengan pasukan sekarang, tetapi kontrak untuk musim hadapan bersama pasukan Forward Racing dan MV Agusta turut menerima padahnya.

 

 

Siaran akhbar dari Forward Racing dan MV Agusta berkata sikap Fenati tidak sesuai dengan nilai-nilai mereka.

Giovanni Castiglioni, presiden MV Agusta turut berkata beliau tidak pernah melihat aksi begini selama beliau melihat perlumbaan motosikal.

Penunggang British, Cal Crutchlow berkata Fenati tidak patut dibenarkan berlumba lagi.

"Dia (Fenati) tidak boleh melakukan aksi itu. Sebagai pelumba MotoGP, kami sudah menyabung nyawa di luar sana. Aksi beliau hanya menambahkan risiko," kata Crutchlow.

Dalam tahun 2015, Fenati pernah diberi amaran dan dipaksa meminta maaf kerana menendang penunggang Finland, Niklas Ajo.

Fenati juga pernah dikenakan hukuman disiplin oleh Pasukan Sky Racing VR46 milik Valentino Rossi.

Add new comment

Careta Ad