Kes tangki minyak Proton X70 bocor: Proton jawab "ia cuma isu terpencil"

oleh HEZERI SAMSURI|
Awal pagi tadi netizen dikejutkan dengan gambar bahan api yang mengalir keluar dari tangki minyak sebuah Proton X70, SUV pertama Proton yang serba canggih dan diimport 100 peratus dari China.

Laman web Aurizn Malaysia dan juga rakan Careta, Mekanika telah menaikan laporan bahawa Proton sudah mengesahkan kes ini memang berlaku dan siasatan sedang dilaksanakan.

Kedua-dua laman web itu juga melaporkan Proton berkata ia adalah kes terpencil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Masalah kebocoran tangki bahan api adalah salah satu kerosakan serius kerana ia boleh mengakibatkan kebakaran kepada kenderaan yang sedang parkir ataupun yang sedang bergerak.

Careta menyarankan kepada mereka yang memiliki produk import dari Geely itu agar memeriksa dengan kadar segera keadaan tangki bahan api mereka.

Careta juga mengusulkan agar ada agensi kerajaan yang bangkit untuk menjaga hak dan kepentingan pengguna kerana isu seperti ini sangat serius dan merbahaya, bukan hanya kepada Geely tetapi pada pengeluar kenderaan yang lain juga.

Sehingga sekarang, pihak kerajaan tidak mempunyai agensi yang bertanggung jawab untuk memastikan sama ada panggil semula atau "recall" perlu diadakan.

Untuk pengetahuan umum, proses panggil semua di dalam Malaysia bergantung terus kepada pengeluar dan ini menyebabkan ada risiko masalah teknikal yang besar dan membahayakan pengguna tidak diketahui umum.

Contohnya kerajaan atau pengguna tidak tahu samada kes tangki bocor pada Proton ini benar-benar kes terpencil atau sudah berlaku kepada unit-unit lain kerana tidak ada pemantauan dari pihak ketiga. 

Careta sangat berharap agar pihak kerajaan Malaysia lebih arif akan industri kenderaan kerana selain dari kita sibuk hendak menghasilkan kenderaan nasional ketiga, konsep kereta terbang dan menjadikan kereta asing sebagai kereta nasional negara, hak pembeli kenderaan yang mengambil pinjaman bertahun-tahun ini perlu juga ada pantauan dan dijaga.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah menderita tiada perlindungan.


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…