Kes rompakan lori treler meningkat di US kerana Covid-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Kes-kes rompakan dan samun meningkat di Amerika Syarikat, menurut data Cargo.net untuk tahun 2020.

Menurut laman web Trucknews.com, penjenayah-penjenayah mengambil kesempatan atas Covid-19 dan juga kesukaran rantaian bekalan akibat pandemik itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebanyak 1,676 rompakan berkaitan rantain bekalan berlaku di US dan di Kanada dalam tahun 2020, peningkatan sebanyak 16 peratus dari tahun 2019.

Dari jumlah itu, 48 peratus melibatkan sekurang-kurangnya sebuat kenderaan komersil berat seperti treler atau lori kargo.

Kajian seterusnya mendapati sebanyak 61 peratus insiden itu melibatkan kecurian kargo atau cubaan mencuri kargo.

Nilai purata kargo yang terlibat ialah US$166,334, peningkatn sebanyak US$27,045 dari tahun sebelumnya. 

Peningkatan nilai ini dipercayai kerana muatan yang sering dihantar sekarang melibatkan barangan bernilai tinggi seperti bekalan perubatan dan famaseutikal yang berkaitan dengan Covid-19.

Texas sahaja melihat peningkatan sebanyak 93 peratus untuk tahun 2020 berbanding dengan 2019.

Rompakan bertumpu di pusat perhentian trak dan di ruang parkir tempat kargo dihantar.


* Laporan lengkap di trucknews.com

* Gambar utama hanya hiasan.