Kes rasuah projek pembinaan, naik taraf jalan bernilai RM114 juta, empat individu direman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Astro Awani
Empat individu ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembinaan dan menaik taraf jalan bernilai RM114 juta.


Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya, di Putrajaya, pada Rabu.


Mereka yang ditahan ialah seorang pengarah urusan, pengurus besar dan dua pengarah syarikat dari syarikat sama.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia lingkungan 38 hingga 65 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, pada petang Selasa selepas memberi keterangan menurut laporan dari Astro Awani.

 

Katanya,  berdasarkan siasatan awal, pengarah urusan yang berusia 65 tahun itu bertindak sebagai orang tengah dengan meminta dan menerima rasuah daripada dua pengarah syarikat tersebut dengan dibantu oleh pengurus besar.

 

"Orang tengah terlibat dipercayai telah meminta sebanyak tiga sehingga lima peratus daripada jumlah projek sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan projek-projek di bawah program khas kerajaan tersebut.

 

"Projek tersebut merupakan projek membina dan menaik taraf jalan di selatan tanah air," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

 

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

 

Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Permohonan reman antara dua hingga tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 November itu dikeluarkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…