Kes petak parkir masih dibolot penyewa selepas jam 6.30 pm - PBT satu negara pergiat pemeriksaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran akan mula mengetatkan undang-undang petak parkir sewaan agar ia dibuka kepada umum selepas jam 6.30 pm.

Mengikut undang-undang, petak parkir sewaan hanya boleh digunakan oleh penyewa sahaja antara jam 8.00 pagi sehingga 6.30 pm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di luar waktu itu, petak parkir itu perlu dibuka untuk kegunaan awam.

Ramai yang mengadu petak sewaan masih dibolot oleh penyewa yang enggan melepaskannya walapun sudah melepasi jam 6.30 pm.

Beberapa insiden turut berlaku sebelum ini kerana ramai yang beranggapan petak sewa itu adalah milik mereka selama 24 jam.

Bulan November tahun lalu, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memberi amaran kepada peniaga yang engkar dan memberikan amaran keras kepada peniaga yang mewarnakan sendiri petak parkir dengan warna merah, seolah-olah ia disewa.

"Kami berikan amaran tegas untuk menyewa petak itu. Jika tidak, hukuman termasuk membatalkan lesen perniagaan boleh dilakukan," ujar Zay Iskandar, Pembantu Akauntan dari MBPJ.

MBPJ juga mendapati ada kedai-kedai di kawasan Damansara Uptown yang menghitamkan garisan kuning petak parkir di hadapan kedai mereka agar tidak ada orang awam yang boleh parkir di hadapan kedai mereka.

Sewa petak parkir untuk kawasan Petaling Jaya ialah RM400 sebulan untuk satu petak bagi kedai makan dan kedai biasa sementara bengkel kenderaan pula ialah RM200 sepetak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Tindakan ini diambil setelah mendapati terdapat premis di kawasan tersebut meletakkan pelbagai…
Informasi
Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah,…
Informasi
  "Siasatan dilakukan mendapati kemalangan itu berlaku kira-kira 9 pagi pada 9 Mei lalu ketika…