Kes pemandu mabuk: Pemandu Nissan Grand Livina mengaku tidak bersalah di mahkamah pagi tadi

oleh SALINA JALIL|
Pemandu Nissan Grand Livina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.


Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Justeru, tertuduh gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.

 

Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak, jam 1.30 pagi hari ini.

 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Berita Domestik
  Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut…