"Pihak polis hanya melakukan siasatan berpandukan peruntukan undang-undang dalam menentukan pihak mana yang melakukan kesalahan atau kecuaian.
"Pihak keluarga mempunyai hak untuk membuat tuntutan sivil dan berjumpa pihak guaman yang akan membantu memfailkan saman sivil berkenaan.
"Mungkin dengan cara itu boleh membantu pihak keluarga mangsa. Namun, ia bergantung kepada sejauh mana pembuktian kecuaian yang akan diputuskan mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, semalam.
Berdasarkan statistik kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, Mohd Nadzri berkata, JSPT merekodkan 23 kes di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 22 kes kemalangan sudah direkodkan.
Berikutan itu, katanya, pindaan undang-undang sedia ada supaya hukuman lebih berat dikenakan ke atas individu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah amat wajar dilaksanakan.
sumber: BH