Kes mabuk: Pemandu Myvi tidak mengaku salah!

oleh SALINA JALIL|
Pemandu Myvi yang merupakan seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar dua kereta serta merempuh sebuah kedai makan sehingga seorang pelanggan cedera pada Jumaat lalu.


Tertuduh, S Surintheran, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Farah Nasihah Anuar.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dengan kandungan sebanyak 243 miligram/100 mililiter darah lebih daripada had yang dibenarkan iaitu 163 miligram/100 mililiter darah pada 8.30 malam di persimpangan Bandar Melawati, Lorong Perak, Taman Melawati.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Disebabkan itu, tertuduh didakwa gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan mencederakan pelanggan Medan Selera Taman Melawati, Mohd Rose Hassan, 63.

 

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000 dan penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam, A Venkaterowani.

 

Nur Intan meminta mahkamah tidak membenarkan jaminan dikenakan ke atas tertuduh namun peguamnya merayu supaya dibenarkan ikat jamin.

 

Venkaterowani berkata, ia kali pertama anak guamnya ditahan dan didakwa selain tidak memiliki rekod jenayah.

 

"Dia juga perlu menanggung isteri, dua anak dan ibu bapa dan memohon mahkamah membenarkan jaminan," katanya.

 

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

 

Majistret kemudiannya menetapkan sebutan laporan kimia dan serahan dokumen pada 5 Ogos ini.

 

Pada Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai makan dan menyebabkan seorang pelanggan cedera di Taman Melawati.

 

Dalam kejadian itu, pemandu Perodua Myvi itu turut merempuh dua kereta menyebabkan kerosakan teruk.

 

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng, di sini,…
Berita Domestik
  Rempuhan yang kuat telah menyebabkan dinding rumah ibu bapanya pecah dan kereta yang dipandu…
Berita Domestik
  Perbuatan itu dilakukan di Kilometer 3.2, Jalan Pantai dari arah Teluk Kemang menghala ke Lukut…