Kes mabuk: Lelaki ditahan semasa sekatan polis

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk ketika melalui sekatan pemeriksaan Op Mabuk di Plaza Tol Alor Setar, awal pagi tadi.


Operasi dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar yang diketuai Inspektor Nor Hafiz Mohd Wazir, bermula 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, anggotanya menahan kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ujian pernafasan mendapati bacaan alkoholnya mencecah 168/100 MG/100ML.

“Berikutan itu, lelaki berusia 49 tahun dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Setar untuk menjalani ujian kedua dan keputusannya mendapati kadar alkohol dalam badannya melebihi had yang dibenarkan iaitu 130MG/100ML.

“Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 45A(1) APJ 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Rozi berkata, hasil siasatan mendapati lelaki itu beralamat di Sik dan bekerja sebagai pemandu lori.

Dalam operasi itu juga, pihaknya mengeluarkan 20 saman di atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya.

 

 

Sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5.35 petang itu melibatkan sebuah ambulans…