Kes LRT bertembung - Tiga mangsa mengalami pendarahan otak

oleh SALINA JALIL|
Seramai tiga daripada enam mangsa kemalangan melibatkan tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru di sini pada Isnin, dilaporkan mengalami pendarahan otak, dua patah tulang dan seorang luka kelopak mata.


Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Heric Corray berkata, tiga pesakit yang mengalami pendarahan otak, berada dalam keadaan sangat kritikal, telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL dan diintubasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, dua daripadanya memerlukan pembedahan manakala seorang lagi 'cerebral resuscitation'.

 


"Sementara dua lagi pesakit lain, didapati patah tulang di mana seorang daripadanya patah tulang belakang dan masih dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

 

"Seorang lagi pesakit, mengalami luka di kelopak mata namun memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta," katanya.

 

Beliau berkata, ini menjadikan kesemua pesakit yang kritikal adalah seramai enam orang.

 

Selain itu beliau berkata, 19 pesakit ditempatkan di zon kuning (separa kritikal) akibat kecederaan tisu-tisu lembut di anggota badan.

 

Sementara di zon hijau (tidak kritikal) katanya, melibatkan seramai 42 pesakit malah mereka dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

 

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dirawat oleh HKL ialah seramai 67 orang.

 

"Ia melibatkan 61 penduduk tempatan dan lima warga negara asing iaitu tiga Indonesia serta masing-masing satu Filipina dan Iran manakala seorang lagi tidak diketahui.

 

"Sejurus kita menerima panggilan kecemasan, seramai 300 kakitangan HKL terlibat dalam memberikan rawatan kepada mangsa di sini," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkembangan terkini insiden tren LRT laluan Kelana Jaya di Auditorium C Hospital Kuala Lumpur pada Selasa.

 

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pemangku Presiden, Datin Norlia Noah.

 

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru.

 

Ia melibatkan satu tren membawa penumpang dengan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

 

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 


Sinar Harian



Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…