Kes langgar lari: Polis cari pemandu BMW hitam, penghantar makanan parah

oleh SALINA JALIL|
Seorang penghantar makanan parah selepas merempuh sebuah kereta yang menukar laluan secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan dari arah Subang menghala Kuala Lumpur, di sini semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa berusia 30 tahun yang menaiki Yamaha Y15ZR dilaporkan patah bahu kiri selain kecederaan di kepala, badan dan buku lali kanan.

 

"Siasatan awal mendapati semasa mangsa menunggang motosikal di lorong kedua, sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam telah mengubah haluan secara mengejut dari lorong paling kanan ke paling kiri untuk memasuki susur keluar Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

 

"Mangsa yang gagal mengelak kemudian telah melanggar kereta terbabit dari arah belakang," katanya hari ini. Beliau berkata, bagaimanapun pemandu kereta terbabit tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya terus meninggalkan lokasi kejadian.

 

Katanya, mangsa yang parah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut. "Sehingga kini, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada pemandu kereta terbabit.

 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh salurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820," katanya.

 

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terdahulu, tular di media sosial Facebook satu video berdurasi 1 minit memaparkan insiden berkenaan.

 

Video tersebut telah dinaikkan di Facebook Careta di sini  https://www.facebook.com/caretadotmy/videos/253218989026274/

 

 

 

Sumber: SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Hanya dalam tempoh 10 minit, insiden tersebut melibatkan sebuah van awam, sebuah bas francais dan…
Berita Domestik
Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22,…