"OKS juga boleh melihat senarai kausa kes secara dalam talian bagi menyemak status pendaftaran kes saman trafik melalui pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList dengan memasukkan lokasi mahkamah dan tarikh sebutan kes.
"Status pendaftaran kes tersebut boleh disemak dalam tempoh dua hari sebelum tarikh sebutan yang dinyatakan dalam saman trafik," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan berkenaan, orang awam yang ingin lebih memahami tatacara prosiding dan menggunakan sistem e- PG boleh melayari portal rasmi Badan Kehakiman di https:// www.kehakiman.gov.my untuk maklumat lanjut.
Sistem e-PG yang dilancarkan pada 2 Feb lepas, sebelum ini digunakan secara rintis di Mahkamah Majistret Shah Alam, membolehkan orang awam yang mempunyai saman kesalahan trafik membuat pengakuan salah melalui teknologi komunikasi jarak jauh dan tidak perlu hadir secara fizikal ke mahkamah.
Sistem itu bertujuan mengurangkan keperluan penerima saman kesalahan trafik untuk hadir ke mahkamah selain dapat menjimatkan masa, wang, menjaga keselamatan dan kesihatan ekoran pandemik COVID-19.