Kes kemalangan penghantar makanan maut - Polis cari pemandu Toyota Innova hitam dan saksi

oleh SALINA JALIL|
Polis giat mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova berwarna hitam bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan penghantar makanan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di Dungun, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kerjasama individu berkenaan amat diperlukan sebagai saksi nahas tersebut.

 

“MPV itu dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan kita minta kerjasama pemandunya untuk tampil memberikan keterangan sebagai saksi kemalangan.

 

“Selain itu, orang ramai yang melihat kejadian itu boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

 

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari Ahad lalu, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah Mercedes Benz, gara-gara mengelak MPV yang memasuki laluannya.

 

 

 

Utusan 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…
Berita Domestik
“Bagaimanapun, jumlah kematian meningkat sebanyak lapan kes berbanding 15 kematian yang direkodkan…
Berita Domestik
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Bakri Abdul Rahman…