Kes kemalangan pemandu mabuk: Isteri mangsa meninggal dunia setelah dua bulan koma

oleh SALINA JALIL|
Mangsa rempuhan kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk 9 Februari lalu menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya awal pagi tadi.


Zuriana Hasan, 35, dilaporkan meninggal dunia pada jam 1 pagi tadi selepas dua bulan bertarung nyawa akibat kemalangan yang turut meragut suaminya, Khairizul Mohamad Noor, 38.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Adiknya, Noorlyana, 25, berkata, jenazah arwah kakaknya dijangka akan dikebumikan di Surau Jalan Mohd Saad, Bagan Jermal Butterworth hari ini selepas proses bedah siasat selesai.

 

Menurutnya, keluarganya reda dengan pemergian anak ketiga daripada enam beradik itu selepas parah dan berada dalam keadaan koma selepas rempuhan itu.

 

"Ya memang benar kakak saya sudah meninggal dunia pagi tadi. Arwah menghembuskan nafas seorang diri tanpa saudara di sisi kerana dia dirawat di Wad ICU.

 

Dalam kejadian jam 5 pagi, 9 Februari lalu, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur Perai.

 

Khairizul disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan manakala isterinya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana kritikal selepas mengalami pendarahan di bahagian otak selain beberapa kecederaan lain.

 

"Kami memang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu tersebut. Buat masa ini, kami sedang berbincang untuk tindakan itu.

 

"Walaupun tindakan undang-undang itu tidak boleh mengembalikan kakak dan abang ipar saya, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak memandu ketika berada dalam pengaruh alkohol.

 

"Kami memang mahu si pelaku menerima balasan setimpalnya. Kerana dia, anak-anak saudara saya yang masih kecil telah menjadi yatim piatu," katanya.

 

Selain Nur Afni Nirwana, empat lagi anak pasangan itu ialah Nur Istna Nadira,14; Nur Erna Nabila,12 ; Nur Qurratu Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran, setahun sembilan bulan.

 

Salam takziah dari Careta kepada ahli keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak arwah, semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 

 

SH

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Rang Undang-undang Rumah “House Bill” 393, pemandu mabuk yang disabitkan dengan pembunuhan…
Berita Domestik
  Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya dia gagal…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, semasa mangsa sedang…