Kes kecurian angkup brek - warga Perancis terkandas di Pulau Pinang!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kes kecurian angkup brek bukanlah satu perkara baharu, ramai yang mengadu di media sosial menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab (baca: hobi kami mahal) ini. 

Terkini, seorang penunggang motosikal warga Perancis, Sylvain Ratichon Ract yang sedang dalam misi untuk merentasi Asia Tenggara tidak menyangka beliau bakal menghadapi masalah tersebut di Malaysia. 
 


Ya, Malaysia! Lebih tepat lagi kejadian tersebut berlaku ketika beliau berhenti di Pulau Pinang. 

Kes ini dilaporkan menerusi laman Facebook Penang Kini yang menunjukkan motosikal Yamaha XT660Z Tenere yang kehilangan angkup brek, sekaligus menggagalkan hasrat beliau untuk menyambung kembali perjalanan. 
 


Tambah menyedihkan apabila usaha beliau buntu akibat ketiadaan stok alat ganti berkenaan daripada kedai-kedai motosikal di Malaysia, Thailand mahupun di Singapura. 

Sehingga kini, masih tiada sebarang kemas kini daripada laman rasmi Facebook 1 Moto 1 Planete berkenaan keadaan motosikal beliau. 

Sumber: Penang Kini, 1 Moto 1 Planete

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
  Menurutnya, penunggang gig juga akan menerima pendapatan terjamin sehingga RM3,000 sebulan,…