Kes jenayah Uber/Grab bakal lambatkan kelulusan kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kes-kes jenayah yang melibatkan pemandu Grab/Uber atau pelanggan perkhidmatan atas talian tersebut mungkin akan memberikan kesan negatif dalam usaha agensi kerajaan untuk menghalalkan operasinya.

Terdahulu, sistem perniagaan Uber yang menghalang kerajaan dari mengutip pendapatan dari keuntungan syarikat asing itu telah menjadi punca ia dihalang dari beroperasi secara halal.

Sebab yang sama juga menyebabkan Uber dihalang di beberapa negara di dalam dunia. Namun begitu, pihak kerajaan dan Uber mungkin telah berjumpa dengan cara penyelesaian untuk itu.

Kes-kes jenayah berkaitan Uber dan Grab ini bagaimanapun semakin banyak dilaporkan dan menurut sumber yang rapat kepada industri ini, pihak kerajaan seperti SPAD nampaknya merasa risau dan sedang memikirkan cara-cara untuk memastikan ia boleh dikawal.

"Pihak Grab tiada masalah untuk berkongsi informasi mengenai pemandu mereka kepada SPAD," terang sumber tersebut.

Beliau menyambung dengan berkata Uber masih tidak lagi mempunyai cara mudah untuk berkongsi informasi itu.

"Uber dan Grab sudah pun bertemu dengan agensi kerajaan yang berkaitan akan isu ini minggu lepas," kata sumber Careta.

Sekiranya pihak agensi kerajaan tidak berpuas hati dengan sistem keselamatan pelanggan dan pemandu, ia akan melambatkan lagi proses menghalalkan kedua-dua perkhidmatan e-hailing ini.

Mungkin ada yang mengecam SPAD dan agensi kerajaan yang lain tetapi pada pendapat Careta, keselamatan pengguna perlu diutamakan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…